Sunday, 16 October 2016

Biarpun luka
siapa peduli
siapa akan simpati
Biarpun
mengalir manik manik jernih
tiada siapa akan bertanya
tiada yang ambil kisah
Aku faham
aku dilahirkan sendiri
dan akan terus sendiri
hingga akhir nanti

Thursday, 13 October 2016

Aku tak mengharap
wang berjuta
harta meliana
atau apa saja
bentuk kebendaan
Aku tak ingin
disanjung
ditatang
laksana seorang raja
Aku tak pinta
herdikan
hinaan
cacian
Aku di sini
di sisi insan bergelar suami
kadar berkongsi kasih
ingin pengertian
layanan seorang insan
selayak seorang isteri.
Aku cuma inginkan
masa untuk bersama
berkongsi rasa
resah duka
gundah gulana
berbual bicara bersama
makan dan santai bersama.

Nazmi Norazmi

Monday, 3 October 2016

Aku rindu
kasih ayah
aku rindu
belaian ibu
telah srkian lama
aku kehilangan
hidup penun gundah gulana
tiada sdnyum mesra
tiada rasa kadih rindu
Apa yang ada
tingginya duara
jikz aku terkhilaf
atau lsmbat bertindak
Ya Allah
aku rindu semuanya
yang telah sekian lama
kutinggalkan



Friday, 30 September 2016

Sekadar ingatan...siapa kita

[01/10 13:01] Abg: Tk yuni. Respon pun.
[01/10 13:01] Abg: Tak pa yuni no. Ingatkan yuni tak nak ws dgn ust. dah.
[01/10 13:01] Abg: Apa2 ust nak yuni suscess dlm  spm. Ust cuma  nak yuni teruskan usaha.
[01/10 13:01] Abg: Subjek yg gagal dlm exam percubaan lalu
 Jadikan ia sebagai pembakar semangat yuni utk menggapai cita2.
[01/10 13:01] Abg: Jgn patah semangat. Ust anggap yuni blh buat yg terbaik dlm spm nnti.
[01/10 13:01] Abg: Ust tak mengharapkan apa2 pun  balasan atau simpati. Yg diharapkan cuma kejayaan yuni keipta 2017.
[01/10 13:01] Abg: Awat ust ambil  berat kat yuni la ni tau sejak yuni perkenalkan diri dlm ws.ada pa pa ka.? Pasai pa tak buat cam pada yg lain2.ni mgkin tggapan sesetengah kwn2 yuni tau yuni sendiri.
[01/10 13:01] Abg: Sebenarnya ust nampak nilai sentimental yg ada pada yuni berbeza dgn yg lain. Yuni terlalu bersopan, tidak suka meminta2, nampak lebih ikhlas, ada integriti. Cuma yg perlu sekarang yuni kena lebih bersemangat belajar dan bersedia utk spm ni. Ust sanggup bantu apa saja ...tanpa mengharap balasan. Cuma segulung kejayaan yuni dlm spm dah memadai.
[01/10 13:01] Abg: Yuni ..
Ust lalui ranjau hgga menggapai segulung ijazah
Anak2 5 org semuanya dah menjejak kaki keipta. 2 org dah dpt degre .. sbb tu ust nak yuni jadi yg ke 6 menjejak kaki keipta.walaupun yuni bukan darah daging ust
[01/10 13:01] Abg: Setakat ni tak ada anak murid ust  luahkan  hasrat  ini. Sekadar mendidik dan mendoakan saja.
Mengapa
selalu kita nafikan
hak anak yg perlukan belaian
biar dia dh jadi ibu
mengapa kita biarkan
isteri bersedih duka
biarpun usianya separuh abad
dia masih punya hak
untuk bermanja
bermesra
jangan jadikan alasan usia
kita pun seusia dgn dia
pernahkah kita fikir
isteri sanggup bergadai nyawa
sanggup menempuh derita
demi melahirkan zuriat kita
Ayuh kembali
renungi diri
jangan sampai kita jadi
hamba yang zalim
Seronok?
untuk apa?
andai kadar dimurkai Allah

Wednesday, 24 August 2016

Seringkali kita terasa
Betapa diri tidak bernilai
Biar saban waktu
Diri ditemani airmata
Lantaran diherdik
Dihina
Biar belum pasti
Di mana salah silapnya.
Namun diri tetap mengharap
Belas kasih
Ihsan Yang Maha Pencipta
Muga aku dikasihi
Dirahmati
Dan dihargai
Di sisiNya