Friday, 17 February 2017

Syukur ya Allah
kerana masih izinkn aku
menyedut dn menghembus  nafas
di sini
Izinkan aku
sedetik waktu
agar bisa aku
membahagiskan insan sekeliling
biar hatiku luka
ditusuk duri
dihempas derita amarah
Muga baktiku dapat membahagiakan hambaMu
biar ku derita
Ya Allah izinkan aku
untuk bahagia biar sedetik cuma.

Thursday, 16 February 2017

Tertusuk lagi hati ini
dek kata kata
bersulam nista
laksana sembilu
tajam menghiris
Tusukan demi tusukan
hancur
robek..memerca
andai diubati
kan tetap tak sebati
memercik darah
kian lama merebak...bernanah
hingga dibawa mati

Hati ini
terluka
sengsara...kian lama
mungkin selamanya..

Nazmi Norazmi

Friday, 10 February 2017

Senyum
biar hati terluka
insan x mampu buat apa apa
Mengadulah
padaNya

Thursday, 9 February 2017

Entah bila
di mana
dan bagaimanakah nanti
tiada yang mampu
meramal atau membuat telahan
akan akhirnya nafas kita
Ia suatu kepastian
tapi masih menjadi rahsia
hingga tiba detik itu
Kembalilah dengan tenang
muga dalam rahmat dan kasihNya
melebihi hangatnya kasih ibu
melangkaui kasihnya bapa
DIA amat mengasihimu
Di maya ini
kau sekadar dipinjamkan
untuk melakari warna warni
ibu dan ayahmu.
Bertabahlah duhai ayah dan ibu
dia anak syurga
menanti ayah dan ibu di sana..

Nazmi Norazmi
Yan Kedah
9/2/17
Berderai airmata
mencari
hilang bagai debu ditiup angin
lenyap
senyap
sepi tanpa suara
tiada khabar berita
Beralun sendu
merindu
entah masih ada sisa ingatan
ataukah aku yang keliru
muga masih ada
sekelumit rasa
sesama saudara

Pewaris Sepi
Yan
10/2/17

Thursday, 2 February 2017

Keringlah airmata
umpama keringnya
banjir zaman Nabi Nuh
Tenanglah wahai jiwa
setenang laut tanpa ombak dan badai
sebening air di tasek
Senyumlah
ia penawar duka
Biarkan
apa jua badai
resah gelisah
cuma ujian buat seketika
Mengadulah
mohonlah bantuanNya...