Saturday, 3 October 2015

Dunia merupakan persoalan pertimbangan.

ambillah peristiwa hari ini sebagai pengajaran

ambillah kisah semalam sebagai pengalaman.

Lemparkan daripadanya segala keletihan dan kedukaan

Himpunkanlah didalamnya kasih sayang dan amanah

Tinggallah yg selebihnya kepada Allah pentadbir langit.

Siapa Aku

Siapa aku
Disisimu.....
Tiap patah bicara
sering mengguris hati
melukai jiwa
merembeskan airmata lara
Tiap detik
tiap tika
seolah aku sentiasa berdosa denganmu
tiada hari
mahupun detik
yg dapat membuatkan aku tersenyum
tika bersamamu
akan ada ayat-ayat
yang mengalirkan airmataku.
Aku akan bangun
kerana aku yakin janji Allah
yang tidak sekali-kali
zalim pada hambaNya..


Kenangan semalam

Sedar tidak sedar dah lebih sebulan kau pergi tinggalkan kami...serasakan baru semalam kita bersama...justeru semakin terasa hampirnya aku untuk menjejak langkahmu.
Pemergianmu menyedarkan aku akan kerdilnya kita..betapa kita ini amat lemah..segalanya dlm milikNya...
Aku makin sedar...rindu dengan kasihmu..rindu suaramu yg sering menghiburkan kami..tak pernah keluar walau sepatah kata yg mengguris hayi kami dr mulutmu..bicaramu seringkali menghiburkan kami..
Alfatihah untuk abangku..Cikgu Zainol Rasyid b Hj Othman.Muga damai dan dilimpahi rahmat Ilahi di sana..

Saturday, 29 August 2015

Pemergian

28 Ogos...kau dijemput Ilahi.Terkilan amat aku kerana x sempat menatap wajahmu..di saat akhir kau menutup mata.Aku pasrah kerana itu ketentuan Allah.
Dia bukan abang kandungku..sekadar sepupu cuma..namun aku sayangkn diz seperti abangku srndiri. Sebsabnya?...Tika ayahku dan ibu yg cuma orang kampung hanya mampu mendengar cerita tdntang kota,tentang adanya akuarium Tunku Abdul Rahman di Penang..maka dialah yg sudi membawa ibu dan ayah melihat keriuhan kota.
Tiap tibanya shawal..tidak pernah dia lipa untuk mdnziarahi ibu dan ayah...hinggalah saat ayahku sakit..saban malam dia datang menemani kami dan membaca ayat2 Quran untuk ayah.
Apa daya takdif tidsk mengizinkan aku berbakti kepadanya di saat akhir hayatnya.Aku cuma mampu menziarahinya dua kali.Tak tertahan airmata ini mengenangkan semua itu...
Dalam usia 77 tahun Cikgu Zainol  Othman pergi mengadap Ilahi dengan begitu tenang sekali..terpancar cahaya suci di wajahnya lantaran dia adalah insan soleh. Aku berjanji akan cuba mengirim bacaan sl Quran sebanyak mungkin kepadanya..hanya itu yang aku mampu

Saturday, 1 August 2015

Resah Hati

Resah hati
Sering menyapa diri
Diiringi deraian airmata
Menyoal apa salah diri
Hingga diperlakukan begini
Dari dulu
jarang terdengar kata pujian
tiada sapaan mesra
apa lagi gurau senda.
Aku sering bertanya diri
teramat hinakah aku
pengemis kasihkah aku
hingga hatiku dicarik robek
rasaku sering terluka
dek kata nista
suami....
ansk2
Entah di mana silapnya aku
hingga kini belum ku tahu
Munsjatku pada yang satu
biar satu ketika
aku dapat merasa bahagia
merasa diri dihargai
walau sedetik cjma
sebelum aku pulang kepadaNya..

Sunday, 19 July 2015

Merenung Diri

Merenung nasib diri
yang entah bila akan ceria
seringkali hati terguris
seringkali rasa terhiris
apa
hina benarkah aku
jahat benarkah seorang aku
bodoh sangatkah aku
hinggakan aku seringkali
dilayan sebegini
seolah aku tiada harga diri
seakan aku pengemis kasih sejati.
Tuhan
kurniakan hidayah pada hambamu
izinkan aku dapat merasa bahagia
walau kadar sedetik
sebelum aku
kau panggil kembali.
Merenung nasib diri
aku sendiri tidak pasti
akan hakikat diri
sampai bila harus begini.

Monday, 13 July 2015

Hampir suku abad aku menjadi suri rumah...bergelar isteri.Mulai saat itu hidupku masuk ke fasa baru...alam baru.kalau dulu aku selalu impikan sebuah kehidupan ceria dan gembira... namun hakikatnya tidak sebegitu.
Aku menjadi semakin rindu dengan ayah ibu.aku ingin kembali merasai saat saat indah yg pernah ku lalui suatu ketika dulu.
segalanya tinggal kenangan...aku sering menjeruk rasa lzntaran hati yg terlalu kerap terguris...ada tikanya hidupku selaku amab ku rasakan..aku dimarah,ditengking ikut rasa...
Entah...sampai bila harus ku hadapi semua ini...hanya airmata yg mampu menemani,..