Friday, 14 February 2020

Mengapa perlu menyindir
Mengapa perlu mencaci maki
Mengapa peelu ada amarah
Kita milikNya
Kita akn kembali padaNya
Semua akan ditanya
Semua akan disoal
Semua diberi balasan
Perempuan
lemah sifatnya
namun sedia korban segala
hatta nyawa sendiri
tak diminta sanjungan
tak diminta emas berjuta
cuma minta difahami
disayangi
jangan disakiti
Perempuan yang ditakdirkan menjadi isteri
telah selamatkan kita dari zina
selamatkan dari neraka
adakah perlu
kita sindir
caci maki???

Sunday, 9 February 2020

Semalam masih berbicara
riang
mesra
semalam kita bergurau senda
ingin memberiku wang
semalam
penuh cerita suka
hari ini
serasakan mimpi
kau pergi takkan kembali
damailah kakakku
kau insan terbaik
kau anak solehah
dimata ayah ibu
kembali dalam dakapan kasihNya
sepuluh tahun berjuang
penuh tabah dan sabar.

Net
Feb 2020

Saturday, 31 August 2019

Rencah rasa
Biar seadanya
Semuanya bukan percuma
Herdik tengking
Semuanya ditanya

Thursday, 4 April 2019

Biar...sendiri
menerus langkah
biar seribu kali tersandung
tersungkur
Biar..
berjuta halangan
rintangan
jalannya memang berliku
penuh onar debu
menyerbu
langkah perlu diatur
susun ...
lalu
perjalanan diteruskan
hingga dikecapi
magfirahMu
JannahMu
ya Rabb

Sunday, 24 February 2019

Mengapa resah
gelisah
biar diri ditusuk duri
gementar menahan sakit
mengapa perlu merayu
jika diri  penuh sendu
dek nista cerca
tuduhan melulu
kerana lidah tidak bertulang
Serah
pasrah
DIA sentiasa ada
pohon padaNya
rayu....
DIA Maha segala

Saturday, 23 February 2019

Kita
tak punya apa
mengapa mendabik dada
berkata bersuara
hebat
bergegar
Mengguris hati
rasa
Merobek perasaan
dia
Menitiskan airmata duka
Kita
pasti ditanya
kerna dia
amanah untuk kita

Tuesday, 12 February 2019

Aku tiada sesiapa di sini
Aku ..tidsk harapkan harta kini
Aku. .hanya perlu secebis rasa
kasih sayang
bukan herdikan
caci cerca
Aku .

Aku ...jodohmu
Kita saling melengkapi
Namun bukan perlu kata nista
Bukan jua untuk disiksa jiwa raga
Aku ..
kadar pinjaman dariNya
buat seketika cuma ..