Sunday, 3 April 2022

Sendu

 Hati ini
sentiasa tercalar
sentiasa terluka
Hati ini
sedih
pilu
sendu
dek lidah yang tidak bertulang
dek insan ysng rasa serba sempurna
Hati ini
seolah tiada rasa suka
tiap waktu dan ketika
penuh hina cerca
seakan diri tiada jasa
tiada berguna apa
PadaMu Allah
ku hamburkan airmata duka
ku lepaskan segala sendu
hanya kerana Kau
Maha tahu hati dan rasaku
Maha mengerti
Maha segala
Muga satu ketika
aku akan tenang..
tiada lagi cerca hina
tiada lagi duka nestapa...

Net Jan 23/2022





Tuesday, 1 February 2022

 Kenapa tak dihargai ketika ada?

Kenapa tak dipandang pada anugerah
Wajarkah ia disakiti
Wakarkat kata nista
Kita hadiahkan pada dia
Dia...
tulus mengasihi
menyayangi
tulus terima engkau seadanya
tulus korban segala
Namun 
apakah wajar segalanya
dibslas herdik nista
kau koyak rabakkan hati
dan jiwanya
Ingat
dia adalah amanah
nanti akan disoal di sana


Saturday, 22 January 2022

Ibu

 Hargai ibu
biar hodoh rupanya
biar tak punya apa
dia tetap ibu
cuma satu...
tiada dua tiga
Hilangnya tiada ganti
walau diratapi
biar ditangisi
Hargai ketika ada


 Hati...andai tiap hari diguris

Satu ketika
akan mati
lantaran itu
hidupkan kembali
dekatkan padaNya
dengan membaca ayat ayatNya
Hati..
bila remuk...
renyuk..
sukar untuk kembali
seumpama kertas yg direnyuk





Monday, 10 January 2022

 Sabarlah 

Akan tiba masanya. 

kau digembirakanNya 

Allah Maha Mengetahui. Hiduplah dengan kasih dan rshmatNya..biar satu dunia membenci...mengherdik...DIA tetap ada




















Thursday, 6 January 2022

Dia..anugerah untukmu

 Kita sering alpa...
kita buta..
kita terleka
lupa menilai
lupa utk hargai kurniaan Ilahi
insan yg tercipta
pelengkap rusuk kiri
kita dibutakan mata
lantas...kita mencari
segala yang buruk
segala yang jelek pada diri
dia yang dikirim Ilahi

Kita lupa
dialah pelengkap hidup kita
dialah pelahir zuriat kita
dia redho membahagi nyawa
demi satu kehidupan insan baru

Kita lalai
untuk muhasabah diri
muliakah kita
solehkah kita
andai butir bicara
penuh kata nista
tanpa rasa berdosa
Ingat
tiap kalam akan disoal
dia anugerah Ilahi
berkorban segala
maka layakkah
kita melayannya begitu?

Dia bukan hamba
dia bukan pelayan nafsu
dia bukan siapa..siapa
yang perlu tinggal segala
berkhidmat untuk kamu
Sedarlah
dia pelengkap hidupmu
dia perlu dikasihi
perlu disayangi
itulah pesan baginda Nabi

Net..2023