Monday, 20 March 2023

 Tidak pernah

sesekali belum pernah. 

 Bila tiba tarikh itu 

Tika saat ibu bersabung nyawa 

Ku mulakan hidup di maya ini 

Penuh tangisan. 


Hingga kini 


Tiap tarikh keramat itu 

Pasti mengalir airmata 

Dek herdikan ddn amarah 

Yg ada tikanya tiddk dijumpai sebab mussbabnya 

Ku pasrah. Ku serah padaNya jua














Wednesday, 8 February 2023

 Agaknya salah siapa....

Biar 30 tahun kita bersama.kita x boleh nk tunjukkn sekelumit rasa belas ihsan untuk dia....semua x kena..berbahasa linak..jauh sekali cuma bila nafsu nk dipenuhi..barilah ada kata puji...

Selebihnya. Hanya bahasa kesat..cerca..hingga tiada lg air mata..

Pasrah kepadaNya..DIA maha mengerti..

Muga ada sinar untukku dihujung menanti..




















Friday, 5 August 2022

Apa ja

 Usah risau
Usah risau
kau tiada hak
kau tidak layak
kau tidak perlu bersuara
kau perlu diam
ideamu..tak perlu
ideamu tiada nilai
kau pun tiada nilai
wujudmu bak melukut
menyusahkan
kau tidak layak dibelsi..sayang
kelak kau pijak kepala

Sabar..tabahlah
DIA MAHA TAHU
MAHA PENGASIH

Ksu akan damai akhirnya
Kalau bukan kini..disana nanti pasti
Redholah...

Net



Friday, 22 July 2022

 Serba x kena 

begitulah hidup
selagi hayat dikandung badan
ego kita tinggi
kita bangga dapat menyakiti
menyindir..
kita rasa puas
dapat menitiskan airmata orsnglain
Kita lupa diri
lupa siapa kita
Lupa adanya DIA
Maha segala..





Thursday, 21 July 2022

 Aku x tau di mana salahku tiada hari tanpa marah2...apakah mmg mcm ni nasib aku nak melawak bergurau...niat aja lah...entah bila aku akn rasainya Aku redho atas ketentuanMu ya Allah

pintaku...kurniakan Aku kesabaran..ketabahan..izinkan aku untuk merasa sedikit gembira dlm hidup ini
Aku ingin ketenangan...aku rindu zaman lampau
Zaman remaja bersama ayah ibu









Saturday, 16 July 2022

 Hiduplah
Harungilah onak ranjau kehidupan
biar luka tercalar
mengali darah merah
membasahi bumi
Hiduplah..
orak langkah ke hafapan
jangan sesekali undur
biar berpaling sekalipun
yakin
sematkan tekad
hujan x selamanya lebat
pasti lahir pelangi indah srlepas hujan
pasti banyak tumbuhan selepas hujan
semuanya akan indah
nikmat..
Senyumlah
sembunyikan dukamu
DIA..takdirkan segalanya
tentu ada hikmahnya
telanlah segala duka nista
Yakin
bahagia dan rahmat Ilahi pasti menanti





Sunday, 3 April 2022

Sendu

 Hati ini
sentiasa tercalar
sentiasa terluka
Hati ini
sedih
pilu
sendu
dek lidah yang tidak bertulang
dek insan ysng rasa serba sempurna
Hati ini
seolah tiada rasa suka
tiap waktu dan ketika
penuh hina cerca
seakan diri tiada jasa
tiada berguna apa
PadaMu Allah
ku hamburkan airmata duka
ku lepaskan segala sendu
hanya kerana Kau
Maha tahu hati dan rasaku
Maha mengerti
Maha segala
Muga satu ketika
aku akan tenang..
tiada lagi cerca hina
tiada lagi duka nestapa...

Net Jan 23/2022