Saturday 3 October 2015

Dunia merupakan persoalan pertimbangan.

ambillah peristiwa hari ini sebagai pengajaran

ambillah kisah semalam sebagai pengalaman.

Lemparkan daripadanya segala keletihan dan kedukaan

Himpunkanlah didalamnya kasih sayang dan amanah

Tinggallah yg selebihnya kepada Allah pentadbir langit.

Siapa Aku

Siapa aku
Disisimu.....
Tiap patah bicara
sering mengguris hati
melukai jiwa
merembeskan airmata lara
Tiap detik
tiap tika
seolah aku sentiasa berdosa denganmu
tiada hari
mahupun detik
yg dapat membuatkan aku tersenyum
tika bersamamu
akan ada ayat-ayat
yang mengalirkan airmataku.
Aku akan bangun
kerana aku yakin janji Allah
yang tidak sekali-kali
zalim pada hambaNya..


Kenangan semalam

Sedar tidak sedar dah lebih sebulan kau pergi tinggalkan kami...serasakan baru semalam kita bersama...justeru semakin terasa hampirnya aku untuk menjejak langkahmu.
Pemergianmu menyedarkan aku akan kerdilnya kita..betapa kita ini amat lemah..segalanya dlm milikNya...
Aku makin sedar...rindu dengan kasihmu..rindu suaramu yg sering menghiburkan kami..tak pernah keluar walau sepatah kata yg mengguris hayi kami dr mulutmu..bicaramu seringkali menghiburkan kami..
Alfatihah untuk abangku..Cikgu Zainol Rasyid b Hj Othman.Muga damai dan dilimpahi rahmat Ilahi di sana..