Sunday 3 April 2022

Sendu

 Hati ini
sentiasa tercalar
sentiasa terluka
Hati ini
sedih
pilu
sendu
dek lidah yang tidak bertulang
dek insan ysng rasa serba sempurna
Hati ini
seolah tiada rasa suka
tiap waktu dan ketika
penuh hina cerca
seakan diri tiada jasa
tiada berguna apa
PadaMu Allah
ku hamburkan airmata duka
ku lepaskan segala sendu
hanya kerana Kau
Maha tahu hati dan rasaku
Maha mengerti
Maha segala
Muga satu ketika
aku akan tenang..
tiada lagi cerca hina
tiada lagi duka nestapa...

Net Jan 23/2022