Sunday 19 July 2015

Merenung Diri

Merenung nasib diri
yang entah bila akan ceria
seringkali hati terguris
seringkali rasa terhiris
apa
hina benarkah aku
jahat benarkah seorang aku
bodoh sangatkah aku
hinggakan aku seringkali
dilayan sebegini
seolah aku tiada harga diri
seakan aku pengemis kasih sejati.
Tuhan
kurniakan hidayah pada hambamu
izinkan aku dapat merasa bahagia
walau kadar sedetik
sebelum aku
kau panggil kembali.
Merenung nasib diri
aku sendiri tidak pasti
akan hakikat diri
sampai bila harus begini.

Monday 13 July 2015

Hampir suku abad aku menjadi suri rumah...bergelar isteri.Mulai saat itu hidupku masuk ke fasa baru...alam baru.kalau dulu aku selalu impikan sebuah kehidupan ceria dan gembira... namun hakikatnya tidak sebegitu.
Aku menjadi semakin rindu dengan ayah ibu.aku ingin kembali merasai saat saat indah yg pernah ku lalui suatu ketika dulu.
segalanya tinggal kenangan...aku sering menjeruk rasa lzntaran hati yg terlalu kerap terguris...ada tikanya hidupku selaku amab ku rasakan..aku dimarah,ditengking ikut rasa...
Entah...sampai bila harus ku hadapi semua ini...hanya airmata yg mampu menemani,..

Rindu Yang Membara

Detik untuk bertemu Syawal kian hampir.Saat ini aku selalu terkenang bagaimana ayah dan ibu membuat persiapan.Ayah sering menyuruh kami mdnyediakan sejenis kuih tiap seorang.
Masih segar dalam ingatan bagaimana saban tahun ayah dengan tulus meraikan ibu untuk menyambut Syawal.Ayah akan membantu membersihkan rumah dan memasak gulai kerana ibuku tidak makan daging.Tugas ibu hanya memasak  ketupat.Alangkah indah bila ku kenangkan saat itu.Tiada suara yang meninggi..tiada amarah..semua berjalan lancar kerana semua orang memang letih berpuasa.
Aku juga amat kagum ddngan sikap ayah yang tidak pernah sekalipun memarahi ibu andai masakan ibu termasin atau terkurang sedap...biar ayahku bukannya ulama namun yang pasti ayah sdntiasa cuba amalkan tiap ilmu yang dipelajari.Aku bangga menjadi anak ayah..Kini semua tinggal kenangan...
Kini aku hanya mampu mengimbau segala kenangan itu...tiap yang ku lalui kini amat jauh berbeza.Aku hanya insan yang menurut perintah.Ya Allah izinkan aku untuk kembali menikmati semua kenangan itu agar aku dapat menikmati secebis nikmat gembira dalam hidupku yang sedikit cuma sisanya kini.

Saturday 11 July 2015

Gamitan Syawal Yang Syahdu

Syawal makin menghampirkan dirinya.Kian hampirnya syawal aku menjadi semakin sayu.Sayu tika mengimbau kembali kenangan lalu...saat aku masih di bangku sekolah..bersama ayah ibu.Kzmi bersama menelusuri ranjau kehidupan yg begitu mencabar dengan penuh ketabahan...namun riak ceria tetap terpancar di wajah kami semua.
Kini semua tinggal kenangan,biarpun hidupku cukup dgn wang ringgit namun keceriaan makin menjauh.Tiap hari dan ketika hatiku disiat  siat dengan seribu kata yang melukakan.
Andai dulu..ibuku seorg yg tidak makan daging..maka ayahku akan membelikan ikan tenggiri untuk ibu..buat dijadikan kari.setelah siap ikan digulai...barulah ayah membeli daging untuk kami..anak anak ayah.Jelas di sini betapa ayahku amat mengutamakan ibu dan menghormati ibu...dengan penuh kasih sayang..
Namun bila keadaan ini ku lalui..perkara sebaliknya yg ku lalui...saban waktu aku dihidangkan dengan makanan2 yang aku tidak makan..ada tikanya hanyz deraian airmata yang menemani.Ada tikanya aku terfikir..mungkinkah rezkiku di atas mukabumi ini telah tiada.
Nasib kita tiada terduga...ada tikanya kita diperlakukan umpama budak suruhan.Sedih memikirkan semuznya..dah separuh abad hidup ini ku lalui...seperempat yg pertama hidupku susah namun penuh ceria..seperempat yg kedua..aku ada pendapatan sendiri..namun hati sentiasa gusar..sedih..pilu sering bermain di kelilingku..
Harapanku muga suatu ketika aku dapat kembali ceriz seperti dulu...namun aku tetap menaruh harapan kerana yakin dgn adilnya Allah