Monday 13 July 2015

Rindu Yang Membara

Detik untuk bertemu Syawal kian hampir.Saat ini aku selalu terkenang bagaimana ayah dan ibu membuat persiapan.Ayah sering menyuruh kami mdnyediakan sejenis kuih tiap seorang.
Masih segar dalam ingatan bagaimana saban tahun ayah dengan tulus meraikan ibu untuk menyambut Syawal.Ayah akan membantu membersihkan rumah dan memasak gulai kerana ibuku tidak makan daging.Tugas ibu hanya memasak  ketupat.Alangkah indah bila ku kenangkan saat itu.Tiada suara yang meninggi..tiada amarah..semua berjalan lancar kerana semua orang memang letih berpuasa.
Aku juga amat kagum ddngan sikap ayah yang tidak pernah sekalipun memarahi ibu andai masakan ibu termasin atau terkurang sedap...biar ayahku bukannya ulama namun yang pasti ayah sdntiasa cuba amalkan tiap ilmu yang dipelajari.Aku bangga menjadi anak ayah..Kini semua tinggal kenangan...
Kini aku hanya mampu mengimbau segala kenangan itu...tiap yang ku lalui kini amat jauh berbeza.Aku hanya insan yang menurut perintah.Ya Allah izinkan aku untuk kembali menikmati semua kenangan itu agar aku dapat menikmati secebis nikmat gembira dalam hidupku yang sedikit cuma sisanya kini.

No comments:

Post a Comment