Monday 16 November 2015

Terima kasih

Terima kasih kerana berjaya mencalarkan hatiku
berjaya membuatkan aku menangis
tiap hari dan ketika
saban waktu berendam airmata
akan ada saja salah dan silapku
akan ada sahaja waktu untuk aku ditengking
aku dilayan bagai hamba
tanpa ada rasa kasih dan simpati
hidup bagai pengemis kasih
biar telah suku abad bersama
namun tiada ertinya.
Hidup kini
kadar menunggu waktu
untuk dipanggil kembali.
Atas rasa kasihnya Allah pada hambaNya
akanku pasrah pada DIA...
muga aku diberi kesempatan
untuk damai di sana

Wednesday 11 November 2015

Andai diri tak bererti
Untuk apa lagi
Andai diri tak diperlu
Untuk apa dicari
Tiada makna
Kalau kadar utk disakiti
Dipenuhi nafsu sendiri
Doakn saja
Agar kembali pada Ilahi
Yb maha mengasihani
Agar tiada lagi resah hati
Sianb malam tanp hdnti
Taat bagai tiada harga diri.

Monday 9 November 2015

25 tahun anniversary

25 tahun aku melakar duka menganyam derita..semuanya untuk mencari secebis kasih dan sayang..mencari sinar bahagia.aku ingin sdntiasa ceria..gembira seperti orang lain..indahnya hidup andai sentiasa dilayan dgn baik dan mesra..tanpa ada tengkingan dan marah.Aku juga insan yang ingin disayangi..ingin dihargai terutama andsi ada event dan peristiwa2 penting dlm hidupku..seperti birthday..anniversary.
Aku sedar benda atau perkara itu bukanlah wajib namun semua itu adalah warna2 ceria dalam hidup,,aku ingin dibelai..dihargai.
 Aku rindu sapaan mesra..aku ingin dilayan selayak seorg isteri..walaupun aku tahu aku bukan isteri mithali..aku bukan isteri solehah dan aku bukanlah mdnsnti pilihan..namun ini adslah takdir.
 Sebelum nafas terhenti..sebelum mata tetpejam aku inhin hidup seperti insan lain..ingin berjln ke luar negeri..ingin bangun mendekagkn diri padsMu ya Allah

Wednesday 4 November 2015

sedar x sedar dah 25 tahun hidup bersama...mungkin hanya tinggal cuma sedikit ja masa untuk terus menganyam suka dukz bersama