Usah dikenang
usah difikir
segalanya takdir
Usah di pujuk
usah dirayu
biarkan ia berlalu
segalanya dah ditentu
Usah berduka
usah bersedih
segalanya telah tertulis
Usah lagi membuang waktu
hadap segala
bersama doa
DIA pemelihara kita
Usah berpatah hati
DIA penentu segala
Nazmi Norazmi
24/2/17
Yan
Friday 24 February 2017
Sekali terluka
terkesan selama
biar dah kembali sembuh
parutnya tetap terlihat
melekat
Biar apa jua rupanya
tetap terkesan
hingga ke mati
Usah bermain kata
awas sebelum terlanjur bicara
hati yang terguris
amat pedih
walau tanpa darah menitis
Pergilah
aku bukan siapa siapa
tak perlu apa apa
langkahku kan teruskan
biar rebah tersungkur
kerna aku yakin
DIA bersamaku
Nazmi Norazmi
terkesan selama
biar dah kembali sembuh
parutnya tetap terlihat
melekat
Biar apa jua rupanya
tetap terkesan
hingga ke mati
Usah bermain kata
awas sebelum terlanjur bicara
hati yang terguris
amat pedih
walau tanpa darah menitis
Pergilah
aku bukan siapa siapa
tak perlu apa apa
langkahku kan teruskan
biar rebah tersungkur
kerna aku yakin
DIA bersamaku
Nazmi Norazmi
Thursday 23 February 2017
Friday 17 February 2017
Pasrah
Aku redho ya rabb
Aku pasrah
Aku yakin
Indahnya TakdirMu
Biarkan serasa terluka
Berduka di saat ini
Akukah insan itu
dilayan sebegini
bagai tiada rasa dan jiwa
disuap pelbagai nista
diiring nestapa
saban tika
bersiramkan airmata
duka
Aku pasrah
Aku yakin
Indahnya TakdirMu
Biarkan serasa terluka
Berduka di saat ini
Akukah insan itu
dilayan sebegini
bagai tiada rasa dan jiwa
disuap pelbagai nista
diiring nestapa
saban tika
bersiramkan airmata
duka
Syukur ya Allah
kerana masih izinkn aku
menyedut dn menghembus nafas
di sini
Izinkan aku
sedetik waktu
agar bisa aku
membahagiskan insan sekeliling
biar hatiku luka
ditusuk duri
dihempas derita amarah
Muga baktiku dapat membahagiakan hambaMu
biar ku derita
Ya Allah izinkan aku
untuk bahagia biar sedetik cuma.
kerana masih izinkn aku
menyedut dn menghembus nafas
di sini
Izinkan aku
sedetik waktu
agar bisa aku
membahagiskan insan sekeliling
biar hatiku luka
ditusuk duri
dihempas derita amarah
Muga baktiku dapat membahagiakan hambaMu
biar ku derita
Ya Allah izinkan aku
untuk bahagia biar sedetik cuma.
Thursday 16 February 2017
Thursday 9 February 2017
Entah bila
di mana
dan bagaimanakah nanti
tiada yang mampu
meramal atau membuat telahan
akan akhirnya nafas kita
Ia suatu kepastian
tapi masih menjadi rahsia
hingga tiba detik itu
Kembalilah dengan tenang
muga dalam rahmat dan kasihNya
melebihi hangatnya kasih ibu
melangkaui kasihnya bapa
DIA amat mengasihimu
Di maya ini
kau sekadar dipinjamkan
untuk melakari warna warni
ibu dan ayahmu.
Bertabahlah duhai ayah dan ibu
dia anak syurga
menanti ayah dan ibu di sana..
Nazmi Norazmi
Yan Kedah
9/2/17
di mana
dan bagaimanakah nanti
tiada yang mampu
meramal atau membuat telahan
akan akhirnya nafas kita
Ia suatu kepastian
tapi masih menjadi rahsia
hingga tiba detik itu
Kembalilah dengan tenang
muga dalam rahmat dan kasihNya
melebihi hangatnya kasih ibu
melangkaui kasihnya bapa
DIA amat mengasihimu
Di maya ini
kau sekadar dipinjamkan
untuk melakari warna warni
ibu dan ayahmu.
Bertabahlah duhai ayah dan ibu
dia anak syurga
menanti ayah dan ibu di sana..
Nazmi Norazmi
Yan Kedah
9/2/17
Subscribe to:
Posts (Atom)