Wednesday 14 December 2016

Tiap tibanya hari-hari putih
pastinya pungguk menyanyi
hiba
merindu purnama
Tiap tibanya hari-hari putih
pastinya aku
mengalirkan manik-manik jernih
penuh hiba
bersalut duka nestapa
Tiap tibanya hari-hari putih
gundah gulana
mencengkam jiwa
pilu hati
tersayat duri
Sukar dimengerti
tiap tibanya purnama
wajibkah aku dibenci
dicaci
dimarahi
biar tanpa alasan pasti.
Ayuh kuatkan diri
DIA MAHA MENGERTI

nazmi norazmi
14 r awwal 1438

Wednesday 30 November 2016

Menghitung hari
menelusuri sejarah
pedih
getir
tiada yang peduli
Menjalani
aspal jalanan
hari yang mendatang
luluh jiwa
penuh juraian airmata
hanya mampu menyeka
lalu memujuk hati
sabar....
Allah itu Maha Penyayang
takkan biarku derita
untuk selamanya....

Thursday 24 November 2016

Kuatkan aku
utk mampu tersenyum
tanpa diketahui insan lain
derasnya airmata yg mengalir
Tabahkan hatiku
menerima marah cerca
tanpa aku berputus asa
memberi kata maaf padanya
Izinkan aku
merasa bahagia di sana
abadi selamanya..

Saturday 12 November 2016

Yg buruk
ibu
Yg salah
ibu
Semuanya ibu
apa hinakah ibu
bukankh ibu itu
penyelamat ayah
dari berbuat zina
Bertabahlah ibu
Allah itu satu
Maha tahu

Tuesday 8 November 2016

Sedih.....mengapa perlu
resah.....kenapa gundah
rindu...tak pasti
berbaur rasa
itulah kita
insan biasa....
kembalilah padaNya..
di sana ada ketenangan

Monday 7 November 2016

Hidup...
bersarapan airmata
tidur diiringi airmata
mimpikan airmata
adakah itu tanda cinta
atau itukah bahagia
yang kita hadiahkan
untuk dia
yang melahir dan membesarkan
anak anak kita
Hidup penuh derita
ditusuk kata nista
menghiasi bual bicara
itukah tanda hadiah berharga
untuk ke sana

Saturday 5 November 2016

26 tahun
mengharung hidup bersama
penuh ranjau duri
sepi
resah
derita dan airmata
tawa senda
tiada siapa yang tahu
26 tahun
mengharung arus duniawi
berombak alun
hampir lemas dan karam
siapa peduli
26 tahun bersama
bersama deraian airmata
pilu....
tanpa ucapan terimakasih
apalagi meraikan bersama
seolah diri telah tiada
Terimakasih
berjaya melakar sendu
menghiasi hidupku
muga bahagia
menantiku di sana..

Friday 4 November 2016

Apalah yang aku dapat
tika bersama
menyedut dan menghembus nafas
di sisimu
hanya bait bait amarah
patah patah kata
yang kian mencuit
mengguris rasa hati
mengalir darah pekat
merintih
menangis mengadu padaNya
Apalah yang aku ada
tika bersama
meredah onak ranjau
kehidupan
hanya kata kata nista
hingga tiada lagi yang tinggal
penuh parut
mematikan rasa gelodak jiwa
Apalah lagi
yang tersisa buat meneruskan
hidup di hujung jalan ini
semuanya telah pudar
suram....makin gelap
menanti titik penamat.
Muga segalanya ternoktah
di dunia fana ini
Aku rindukan magfirahMu
Aku...dambakan firdausMu


Nazmi norazmi...ann ke26

Saturday 29 October 2016

Hati sekali terguris
biar dah pulih
kesannya tetap ada
umpama  kertas yang renyuk
hasil renyukan kekal selamanya
Begitu hati ini
renyukan demi renyukan
kian bertambah
saban waktu dan masa
dan kan kekal
kubawa mati
Biar nanti
kita kan berbicara
di hadapanNya

Menghitung hari
semakin berkurangnya usia
bertambah seribu satu cerita
duka bersulam suka
tanpa upaya
segalanya menjengah diri
menampar rasa sabar
merobek rasa kasih
Membilang berlalunya waktu
aku suram sendiri
terus cuba mengukir senyum
bangkit menerjah gelora
badai yang melanda tiap
detik waktu hidupku
Ku tahu
saat itu kian hampir
biar belum pasti entah bila
muga ada ketenangan
jua kebahagiaan
untukku di sana

Nazmi Norazmi

Monday 24 October 2016

Hati
terbiar sepi
tanpa lirikan manja
tanpa suara mendayu
membelai merayu
Hati
terbiar sepi
sendiri..menjauh
setelah anak-anak
berpergian menimba ilmu
Sayang
hargailah dia
hiburkan hatinya
sementara jasad masih bernyawa
jangan nanti
kecewa melanda
setrlah lenyap dari mata


Sunday 16 October 2016

Biarpun luka
siapa peduli
siapa akan simpati
Biarpun
mengalir manik manik jernih
tiada siapa akan bertanya
tiada yang ambil kisah
Aku faham
aku dilahirkan sendiri
dan akan terus sendiri
hingga akhir nanti

Thursday 13 October 2016

Aku tak mengharap
wang berjuta
harta meliana
atau apa saja
bentuk kebendaan
Aku tak ingin
disanjung
ditatang
laksana seorang raja
Aku tak pinta
herdikan
hinaan
cacian
Aku di sini
di sisi insan bergelar suami
kadar berkongsi kasih
ingin pengertian
layanan seorang insan
selayak seorang isteri.
Aku cuma inginkan
masa untuk bersama
berkongsi rasa
resah duka
gundah gulana
berbual bicara bersama
makan dan santai bersama.

Nazmi Norazmi

Monday 3 October 2016

Aku rindu
kasih ayah
aku rindu
belaian ibu
telah srkian lama
aku kehilangan
hidup penun gundah gulana
tiada sdnyum mesra
tiada rasa kadih rindu
Apa yang ada
tingginya duara
jikz aku terkhilaf
atau lsmbat bertindak
Ya Allah
aku rindu semuanya
yang telah sekian lama
kutinggalkan



Friday 30 September 2016

Sekadar ingatan...siapa kita

[01/10 13:01] Abg: Tk yuni. Respon pun.
[01/10 13:01] Abg: Tak pa yuni no. Ingatkan yuni tak nak ws dgn ust. dah.
[01/10 13:01] Abg: Apa2 ust nak yuni suscess dlm  spm. Ust cuma  nak yuni teruskan usaha.
[01/10 13:01] Abg: Subjek yg gagal dlm exam percubaan lalu
 Jadikan ia sebagai pembakar semangat yuni utk menggapai cita2.
[01/10 13:01] Abg: Jgn patah semangat. Ust anggap yuni blh buat yg terbaik dlm spm nnti.
[01/10 13:01] Abg: Ust tak mengharapkan apa2 pun  balasan atau simpati. Yg diharapkan cuma kejayaan yuni keipta 2017.
[01/10 13:01] Abg: Awat ust ambil  berat kat yuni la ni tau sejak yuni perkenalkan diri dlm ws.ada pa pa ka.? Pasai pa tak buat cam pada yg lain2.ni mgkin tggapan sesetengah kwn2 yuni tau yuni sendiri.
[01/10 13:01] Abg: Sebenarnya ust nampak nilai sentimental yg ada pada yuni berbeza dgn yg lain. Yuni terlalu bersopan, tidak suka meminta2, nampak lebih ikhlas, ada integriti. Cuma yg perlu sekarang yuni kena lebih bersemangat belajar dan bersedia utk spm ni. Ust sanggup bantu apa saja ...tanpa mengharap balasan. Cuma segulung kejayaan yuni dlm spm dah memadai.
[01/10 13:01] Abg: Yuni ..
Ust lalui ranjau hgga menggapai segulung ijazah
Anak2 5 org semuanya dah menjejak kaki keipta. 2 org dah dpt degre .. sbb tu ust nak yuni jadi yg ke 6 menjejak kaki keipta.walaupun yuni bukan darah daging ust
[01/10 13:01] Abg: Setakat ni tak ada anak murid ust  luahkan  hasrat  ini. Sekadar mendidik dan mendoakan saja.
Mengapa
selalu kita nafikan
hak anak yg perlukan belaian
biar dia dh jadi ibu
mengapa kita biarkan
isteri bersedih duka
biarpun usianya separuh abad
dia masih punya hak
untuk bermanja
bermesra
jangan jadikan alasan usia
kita pun seusia dgn dia
pernahkah kita fikir
isteri sanggup bergadai nyawa
sanggup menempuh derita
demi melahirkan zuriat kita
Ayuh kembali
renungi diri
jangan sampai kita jadi
hamba yang zalim
Seronok?
untuk apa?
andai kadar dimurkai Allah

Wednesday 24 August 2016

Seringkali kita terasa
Betapa diri tidak bernilai
Biar saban waktu
Diri ditemani airmata
Lantaran diherdik
Dihina
Biar belum pasti
Di mana salah silapnya.
Namun diri tetap mengharap
Belas kasih
Ihsan Yang Maha Pencipta
Muga aku dikasihi
Dirahmati
Dan dihargai
Di sisiNya

Wednesday 29 June 2016

Ramadhan yg hadir
Menjadikan aku sebagai  perindu
Pada kelembutan..kesantunan ayah ibu
Tabah sabar melayan kami
Namun kini berlalu pergi....
Kini
Aku sendiri tak pasti
Akan nilai diri ini
Lantaran tiap waktu ada saja
Suara suara yang tinggi
Mengiringi tiap gerak laku
Hanya Allah yg memahamiku

Thursday 26 May 2016

Ada tikanya
aku sendiri keliru
di manakh sebenrnya aku
di sisi insan yg dekat denanku
adakh sedikit kasih untukku
atau seribu kebencian
Apa dayaku untuk menilai
kadar menjeruk rasa

Wednesday 30 March 2016

Ya Allah
Aku x mampu
Untuk menyelami rasa hati
Perasaan
Dan apa jua dlm hati orang lain
Yz allah
Bukakan hati2 mereka
Agar tidak lg memarahiku
Membabi buta

Thursday 10 March 2016

Siapa aku
Untuk manafsir diri insan lain
Berdiam
Tanpa kata
Tanpa suara
Aku x faham apa2...
Andai diri
X diperlukn lagi
Biar terang dn nyata
Biar jelas sebab musababnya
Aku kadar hamba
X mampu menafsir
Kecuali yg nyata depan mata

Tuesday 9 February 2016

Hanya kerana sekeping pizza
diri terus disakiti
dimarah
dicaci
andai ada tempat
pastikan aku mengadu
menangis semahunya
kerana sedihnya hati
tiap hatri airmata temanku
ada saja perkara yg mdnyentuh rasa
mencuit hati
sehingga aku rasskan
aku dikahwini kerana terpaksa
sebab itulh tiap kali balik kampung
dia x pernah jemu bercerita pada anak2
ada inszn yv ingin menjadikannya menantu
sedangkan aku cukup yakin
inilh jodohku
yg tersirat seribu hikmah disrbsliknya.
Hanya padamu ya Allah
aku mengadu..merintih
mengharspkn hikmah disebalik semua ini.
Andai tiba masa
untuk aku kembali
harapanku untuk bahagia di sana
muga berpeluang menemui ayah ibuku

Sunday 7 February 2016

Insan perempuan
bergelar isteri
apakah yg dia punya
kadar mengelakkn suzmi dr dosa zina
kadar tempat melepas amarah
Insan perempuan
apakah bahagianya
kadar waktu
bersama ayah ibu cuma?
Ya Allah rahmatilah
insan perempuan ini
lantaran temannya
air mata duka tiap ketika

Tuesday 2 February 2016

Aku amat rindukan  segala yg indah tentang hidup..aku ingin bahagia..hidup penuh senyuman walau dalam kekurangan wang ringgit..aku ingin menikmati keindahan hidup seperti insan lain.aku dh jemu dengan ucapan2 yg merobek hati..mengguris perasaan ini.aku x harapkn harta..wang ringgit.aku sekadar perlukn pengertian bahawa aku insan kerdil yg x mampu nk faham perasaan orang lain...aku nakkan hubungan yang mesra..berbual dlm suasana harmonis tanpa perli...aku sedar aku tiada rupa..namun aku terima jodoh yg allah tentukn..jgnlh diungkit kisah lalu yg boleh mencalarkn jiwaku.
Dlm usia 50an ini apakah lg yang kita cari?..aku cuma mahukan redho Allah untuk aku tenang di sana.ada tikanya..tanamanku dimusnahkan..serasakan hatiku dicincang hancur...ya allah berikn aku ketenangan  utk ku hadapi semua ini srmentara menunggu saat aku kembali ke hadratMu.

Monday 1 February 2016

Sedarlah diri
Semua perbuatan akan diadili
Dihisab satu persatu
Jangan kita terlalu sombong
Biar dgn sesiapapun
Hatta anak isteri
Mereka jua ada hak
Untuk dikasihi...

Saturday 2 January 2016

Apakah
Wajib utk kita
Sentiasa mencalar perasaan insan lain
Utk kita dapatkn bahagia?
Apakah
Semuanya ini nanti
Bebas tanpa hisab
Tanpa dihitung..
Ayuh bersama kita
fikir dgn teliti
Allah maha penyayang
utk ampunkn kita
Tapi..
bagaimana khilaf kita sesama insan
terutama insan yg banyak
membantu
dan
menelusuri hidup bersama kita