Sunday 24 February 2019

Mengapa resah
gelisah
biar diri ditusuk duri
gementar menahan sakit
mengapa perlu merayu
jika diri  penuh sendu
dek nista cerca
tuduhan melulu
kerana lidah tidak bertulang
Serah
pasrah
DIA sentiasa ada
pohon padaNya
rayu....
DIA Maha segala

Saturday 23 February 2019

Kita
tak punya apa
mengapa mendabik dada
berkata bersuara
hebat
bergegar
Mengguris hati
rasa
Merobek perasaan
dia
Menitiskan airmata duka
Kita
pasti ditanya
kerna dia
amanah untuk kita

Tuesday 12 February 2019

Aku tiada sesiapa di sini
Aku ..tidsk harapkan harta kini
Aku. .hanya perlu secebis rasa
kasih sayang
bukan herdikan
caci cerca
Aku .

Aku ...jodohmu
Kita saling melengkapi
Namun bukan perlu kata nista
Bukan jua untuk disiksa jiwa raga
Aku ..
kadar pinjaman dariNya
buat seketika cuma ..