Monday 16 November 2015

Terima kasih

Terima kasih kerana berjaya mencalarkan hatiku
berjaya membuatkan aku menangis
tiap hari dan ketika
saban waktu berendam airmata
akan ada saja salah dan silapku
akan ada sahaja waktu untuk aku ditengking
aku dilayan bagai hamba
tanpa ada rasa kasih dan simpati
hidup bagai pengemis kasih
biar telah suku abad bersama
namun tiada ertinya.
Hidup kini
kadar menunggu waktu
untuk dipanggil kembali.
Atas rasa kasihnya Allah pada hambaNya
akanku pasrah pada DIA...
muga aku diberi kesempatan
untuk damai di sana

No comments:

Post a Comment